Pembekal Bahulu Traditional Dan Moden
 Saffa Food merupakan satu syarikat perusahaan berdasarkan makanan yang pengkhususan kepada Bahulu tradisional atau
moden, tempahan untuk majlis perkahwinan, cenderahati serta pelbagai tempahan yang bersesuaian. Saffa Food juga membuat Nasi Arab Saffa berdasarkan perkhidmatan tempahan majlis yang bersesuaian dan juga membuat penghantaran ke tempat pelanggan.

Sila membuat panggilan ke 012-6630152 untuk pertanyaan dan pesanan.

Pengedar dikehendaki
 

Asal Usul Bahulu

Kuih Bahulu ini merupakan kuih tradisional orang Melayu dari zaman dahulu. Masa dahulu untuk membuat kuih bahulu mengambil masa yang lama dari kerja penyediaan adunan hingga proses pembakarannya.

 

Kuih Bahulu telah menjadi menu utama di dalam hidangan masyarakat Melayu pada hari-hari perayaan atau pada majlis-majlis kebesaran, seperti Hari Raya dan Majlis Perkahwinan. Kemampuan menyediakan kuih bahulu yang baik dari segi rupa dan citarasa menjadi kebanggaan seseorang individu kerana ianya menjadi tumpuan kepada penggemar kuih bahulu.

 

Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak.

 

Zaman sekarang pelbagai corak bahulu samada tradiosional atau moden mengikut citarasa masyarakat kini.

 Bahulu
 Nasi Arab
 Tempah Sekarang
 

Saffa Food

Saffa Food ialah satu syarikat perusahaan Bahulu tradisional atau moden. Jenis Bahulu yang kami hasilkan termasuk Bahulu Kemboja, Bahulu Ikan, Bahulu Cermai dan Bahulu Bombay.

Nasi Arab atau Nasi Mandy Saffa mempunyai rempah sendiri dengan harga berpatutan. Sila membuat panggilan 012-6630152 untuk tempahan dan pesanan untuk majlis perkahwinan, cenderahati dan sebagainya.
Bookmark and Share
Siti Fatimah 17A, Jalan SG 1/3,
Taman Sri Gombak,
68100, Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan
(O) 03-6186 6779(T) 012-663 0152